TYT Syed Hasrin menerima kunjungan daripada Chef Salim Hj. Pawi dan kakitangan Hotel Hilton Abu Dhabi Corniche di Kedutaan pada 27 Ogos 2017. Hotel Hilton Abu Dhabi sedang menganjurkan Festival Makanan Malaysia dari 25-31 Ogos 2017. Chef Salim diterbangkan khas dari Hotel Hilton Kuching untuk menyediakan juadah bersempena festival makanan tersebut.