TYT Dato' Syed Hasrin menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Hj. Anim Hosnan, Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan delegasi pada 30 September 2018 di Abu Dhabi. LPNM dan beberapa syarikat dari Malaysia akan menyertai International Perishables Expo Middle East pada 2 Oktober 2018 di Dubai.