TYT Syed Hasrin mengiringi YB Dato’ Sri Hjh Nancy Shukri dan delegasi Malaysia ke International Ministerial Conference on Nuclear Power in the 21st Century dari 30 Oktober hingga 1 November 2017 di St Regis Saadiyat Abu Dhabi.
YB Dato' Sri telah menyampaikan national statement pada 30 Oktober 2017 dan kemudiannya sebagai salah seorang panelis bagi sesi Panel Session 2: Challenges in Developing Nuclear Power Infrastructure.
TYT Syed Hasrin juga telah menghoskan majlis makan malam bagi YB Dato’ Sri dan delegasi di Rumah Malaysia pada 31 Oktober 2017. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa komuniti Malaysia di Abu Dhabi.