YBhg. Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia telah mengadakan lawatan ke Abu Dhabi pada 10 Februari 2018. YBhg. Tan Sri telah melawat Muzium Louvre Abu Dhabi serta mengadakan kunjungan hormat ke atas En. Yusuff Ali, Pengerusi & Pengarah Urusan Kumpulan Lulu. YBhg. Tan Sri berada di Emiriah Arab Bersatu dari 9-11 Februari 2018 kerana menghadiri World Government Summit yang diadakan di Dubai.