Mission News

Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke UAE pada 17- 19 May 2014

29 May 2014 1 views

 Pada 17-19 May 2014, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, YABhg Datin Sri Rosmah Mansor telah mengadakan lawatan resmi ke UAE. Ia merupakan lawatan balas ke atas lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi,HH Sheikh Mohamad Bin Zayed Al Nahyan ke Malaysia pada tahun 2013.

 

Lawatan resmi selama 2 hari itu telah dipenuhi dengan pelbagai pencapaian termasuklah,penganugerahan Darjah Kebesaran tertinggi (Etihad Award) kepada YAB Perdana Menteri. Di samping itu, lawatan ini menyaksikan acara menandatangani memorandum kerjasama persefahaman di antara Malaysia dan UAE di dalam bidang Pelancongan dan Pengajian Tinggi.

 

Turut disaksikan juga pemeterian perjanjian di antara Awqaf Abu Dhabi dan 1MDB bagi projek pembinaan masjid Bandar Malaysia mengikut replika Sheikh Zayed Grand Mosque, pelancaran Pusat PERMATA dan pusat pengajian Islam.

 

YAB Perdana Menteri dan delegasi turut mengadakan kunjungan rasmi terhadap Perdana Menteri UAE di Dubai. YAB Perdana Menteri dan delegasi turut menyaksikan acara 'Military Display' yang amat mengagumkan. Lawatan ini turut mengariskan perjanjian perdagangan di antara Felda dan LULU yang pasti akan memberi pulangan yang bernilai kepada Negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back