Mission News

Lawatan Rasmi YB Dato' Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri ke Abu Dhabi, UAE, 29-30 Mei 2016

30 May 2016 1 views

YB Dato' Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri telah mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 29-30 Mei 2016 dan diiringi oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri. Tujuan utama lawatan diadakan adalah untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan UAE, serta membincangkan isu-isu serantau and antarabangsa.

 

YB Dato' Sri mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau, HH Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, Menteri Luar Negeri UAE pada 29 Mei 2016. Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua Menteri berbincang mengenai hubungan kerjasama di antara Malaysia dan UAE serta untuk meningkatkan lagi hubungan sedia ada.

Share:
Link copied to clipboard
Back