TYT Duta Besar Malaysia ke Emeriyah Arab Bersatu dengan sukacitanya menjemput Tuan/Puan sekeluarga untuk bersama menghadiri dan menjayakan Majlis Iftar dan Solah Terawikh Ramadan 2011 / 1432 Hijrah pada setiap hari Khamis, iaitu pada 4,11,18 & 25 Ogos 2011 di Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi.
Untuk makluman juga, majlis Berbuka puasa ini akan diadakan secara gotong royong (potluck). Dengan itu sebarang sumbangan juadah berbuka puasa amat dialu-alukan.
Aturcara Majlis
6:30 petang - Ketibaan para jemaah
7:10 petang - Majlis Berbuka Tamar
7:20 malam - Solat Maghrib berjemaah
7:30 malam - Makan malam
8:30 malam - Solat Isyak berjemaah
8:45 malam - Solat Tarawih berjemaah
10:00 malam - Jamuan moreh
Jikalau ada sebarang pertanyaan sila hubungi CIk Fuziah Ahmad di talian 02- 4482775/776.
Sekian, terima kasih.