Mission News

MAJLIS IFTAR DAN TERAWIH ABU DHABI, 25 MEI 2018

24 May 2018 1 views

 

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama Usrah Abu Dhabi telah menganjurkan program iftar dan terawih di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi pada 25 Mei 2018. Tetamu jemputan program ialah Ustaz Mohd Gunawan bin Che Aziz yang menyampaikan tazkirah serta mengimamkan solat terawih. Turut hadir ialah En. Sulaiman Abd. Lah (Man Gerek) yang sedang dalam perjalanan berbasikal dari Malaysia ke Mekah. Dianggarkan kira-kira 300 rakyat Malaysia hadir semasa program. Pihak Kedutaan ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan terhadap program anjuran Kedutaan kepada semua tetamu yang hadir dan pihak yang terlibat dalam memastikan penganjuran program berjalan lancar.

Share:
Link copied to clipboard
Back