Mission News

MAJLIS RESEPSI SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-61, HARI MALAYSIA KE-55 DAN HARI ANGKATAN TENTERA KE-85, ROSEWOOD HOTEL, ABU DHABI, 19 SEPTEMBER 2018

18 September 2018 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai telah menghoskan Majlis Resepsi bersempena Hari Kebangsaan ke-61, Hari Malaysia ke-55 dan Hari Angkatan Tentera ke-85 pada 19 September 2018 bertempat di Hotel Rosewood, Abu Dhabi.

 

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah H.E. Hessa bint Essa Buhumaid, Menteri Pembangunan Komuniti UAE. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 300 orang yang terdiri daripada kor diplomatik, pegawai-pegawai kerajaan UAE dan dari sektor swasta.

 

Hadirin juga menikmati persembahan kebudayaan pada malam tersebut selain menikmati juadah-juadah citarasa Malaysia yang disajikan. Kedutaan juga merakamkan penghargaan kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berada di UAE serta pihak-pihak berkaitan di atas sokongan terhadap pihak Kedutaan dalam menjayakan majlis ini.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back