Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama kumpulan Usrah Abu Dhabi telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi. Majlis didahului dengan takbir raya diikuti solat sunat Aidilftri. Para tetamu juga dijamu dengan pelbagai juadah Malaysia dan beramah mesra sesama komuniti Malaysia di Abu Dhabi. Kedutaan sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri ini.