TYT Dato' Syed Hasrin menghadiri program Malaysia Night yang telah dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Malaysia di Shangri-La Hotel Abu Dhabi pada 8 Disember 2018. Selain daripada warga Malaysia di Abu Dhabi dan Dubai, program ini juga turut dihadiri oleh Duta Besar Bangladesh, Duta Besar Maldives dan beberapa tetamu dari Kor Diplomatik di Abu Dhabi.