Mission News

MALAYSIA UAE JOINT BUSINESS COUNCIL , 19-23 JANUARI 2013

28 March 2013 1 views
 
 
 

Malaysia dan UAE telah menandantangi perjanjian penubuhan Malaysia-UAE Joint Business Council pada bulan Oktober 2012 di Kuala Lumpur. Justeru itu pada 19 – 23 Januari, mesyuarat pertama bagi penubuhan MUJBC telah di adakan di Abu Dhabi. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Y.A.M. Tengku Panglima Diraja Selangor.

 

 

Delegasi di sambut oleh TYT Dato’ Anwar Adnan, Duta Besar Malaysia di Abu Dhabi dan H.E Sheikh Khalfan Saeed Al Kaabi, First Vice Chairman and Head of Economic Committee, Abu Dhabi Chambers sewaktu tiba di VIP Lounge, Lapangan Terbang Antarabangsa, Abu Dhabi 19 Januari 2013.

 

 

Kunjungan  MUJBC ke Istana Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan, Minister of Youth, Culture and Community Development, Chairman of MUJBC UAE pada 20 Januari 2013. Tujuan lawatan delegasi MUBC dari Malaysia adalah untuk membincangkan mengenai program dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

 

 

Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Y.A.M. Tengku Panglima Diraja Selangor dan delegasi bersama TYT Dato’ Ahmad Anwar Adnan, Duta Besar Malaysia, Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu

 

 

Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Y.A.M. Tengku Panglima Diraja Selangor, Pengerusi Malaysia-UAE Business Council bersama delegasi MUBC sempena Mesyuarat Pertama Malaysia-UAE Joint Business Council (JBC) pada 21 Januari 2013 di ibu pejabat Abu Dhabi Chambers of Commerce and Federation of Abu Dhabi, U.A.E. 

 

 

Konsul Jeneral, Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai, YBhg. Dato’ Ahmad Fadil bin Shamsuddin mengatur satu lawatan ke Burj Khalifa sempena lawatan kerja MUJBC pada 22 Januari 2013.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back