TYT Ambassador Syed Md Hasrin, Duta Besar Malaysia ke UAE telah menghadiri Mesyuarat Duta-Duta Besar Kedutaan Negara-negara ASEAN di Abu Dhabi yang telah dihoskan oleh TYT Duta Besar Thailand.
Para Duta Besar mengadakan perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bagi sepanjang tahun 2017 serta aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi menyambut Ulangtahun ke-50 penubuhan ASEAN. Para Duta Besar juga berkongsi pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa semasa Mesyuarat tersebut.