Mission News

PASAR MALAM ABU DHABI, 22 APRIL 2016

22 April 2016 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi, dengan kerjasama Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) telah menganjurkan aktiviti Pasar Malam pada 22 April 2016 bertempat di Pejabat Projek Tamouh, Reem Island, Abu Dhabi.

 

Aktiviti ini telah menarik lebih daripada 500 pengunjung dari Abu Dhabi dari pelbagai kaum. Antara juadah yang dijual semasa aktiviti ini termasuklah nasi lemak, laksa dan pelbagai juadah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Semua juadah yang dijual semasa aktiviti tersebut telah disediakan sepenuhnya oleh ahli-ahli PERWAKILAN. 

 

Rata-rata pengunjung telah memberikan maklum balas yang amat baik dan menyarankan supaya pihak Kedutaan dan PERWAKILAN untuk terus mengadakan aktiviti ini di masa akan datang.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back