Mission News

PASAR MALAM ABU DHABI, 22 APRIL 2016

22 April 2016 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasam Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) telah menganjurkan program Pasar Malam pada 22 April 2016. Program ini telah diadakan di Pejabat Projek Tamouh, Reem Island, Abu Dhabi. 

 

Program ini telah menarik minat lebih daripada 500 pengunjung yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Pelbagai juadah telah disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN untuk jualan termasuklah juadah-juadah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, laksa, sate dan lain-lain. 

 

Rata-rata pengunjung telah memberikan maklum balas yang baik dan menyarankan supaya program ini diteruskan pada masa akan datang.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back