YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan Komuniti Perwani 1Malaysia UAE di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sempena lawatan rasmi YB Menteri ke UAE pada 13 November 2017. Majlis tersebut diadakan di Hotel Address Boulevard, Dubai dan turut dihadiri oleh ahli-ahli PERWAKILAN Abu Dhabi dan PERWAKILAN Dubai.