Mission News

PENGUATKUASAAN SEMULA MENGEMUKAKAN MYKAD BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) DI PEJABAT-PEJABAT ATASE/PERWAKILAN DIPLOMATIK MALAYSIA D

08 May 2025 1 views

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui surat IM.101/HQ-H/11/1130/1-1 JLD.10(12) bertarikh 8 April 2021 telah mengecualikan pengemukaan MyKad bagi permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di pejabat-pejabat atase-atase/Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara atas faktor limitasi pergerakan rentas sempadan seluruh dunia semasa penularan pandemik COVID-19.

Memandangkan situasi tersebut telah berakhir dan pergerakan tidak lagi terhad, surat tersebut adalah dibatalkan berkuatkuasa dari 17 Mac 2025 berdasarkan surat terkini daripada JIM bernombor rujukan IM.101/HQ-H/1130/1-1 JLD.17 (48). Sebarang permohonan PMA di luar negara bagi kanak-kanak yang mencapai umur 12 tahun ke atas perlu mengemukakan MyKad semasa membuat permohonan. Ketiadaan MyKad semasa membuat permohonan PMA akan ditolak.

Share:
Link copied to clipboard
Back