Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi akan menganjurkan program Hari Sukan Negara 2018 seperti butiran berikut:
Masa: 8.30 malam - 10.30 malam
Tarikh: 12 Oktober 2018 (Jumaat)
Tempat: Zayed Sports City, Abu Dhabi
Sehubungan dengan ini, semua rakyat Malaysia di Abu Dhabi adalah dijemput untuk menyertai program Hari Sukan Negara 2018 ini.
Pengesahan kehadiran boleh dilakukan dengan menghantar mesej ke laman FB Kedutaan atau e-mel ke mwabudhabi@kln.gov.my dengan tajuk Hari Sukan Negara 2018.
Sekian,
Kedutaan Besar Malaysia
Abu Dhabi
9 Oktober 2018