Mission News

PENGUMUMAN: MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERAWIH

19 May 2018 1 views

 

Assalamualaikum,

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama Kumpulan Usrah Abu Dhabi akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Terawih bersama rakyat Malaysia seperti butiran berikut:

Tarikh: 25 Mei 2018 (Jumaat)
Masa: 6.30 p.m. 
Tempat: Kedutaan Besar Malaysia,
Tingkat 19, Tamouh Tower, Reem Island, Abu Dhabi

Sehubungan dengan ini, tuan/ puan adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini. Bagi tuan/ puan yang berminat menghadiri majlis ini, dipohon kerjasama untuk mengesahkan kehadiran tuan/ puan melalui mesej FB atau e-mel mwabudhabi@kln.gov.my beserta Nama, Bilangan, Nombor Telefon, Nombor Pendaftaran Kenderaan (untuk urusan parkir) selewat-lewatnya 23 Mei 2018 (Rabu).

Kerjasama dan perhatian tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan Salam Ramadan.

Kedutaan Besar Malaysia

Abu Dhabi

 

Share:
Link copied to clipboard
Back