Mission News

PENGUMUMAN: MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1439H, 21 OGOS 2018

13 August 2018 1 views

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia di Abu Dhabi,

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama Kumpulan Usrah Abu Dhabi akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha pada 21 Ogos 2018, bertempat di Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi.

Sehubungan dengan ini, tuan/ puan adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini. Bagi tuan/ puan yang berminat menghadiri majlis ini, dipohon kerjasama untuk mengesahkan kehadiran tuan/ puan melalui mesej FB atau e-mel mwabudhabi@kln.gov.my beserta Nama, Bilangan, Nombor Telefon, Nombor Pendaftaran Kenderaan (untuk urusan parkir) selewat-lewatnya 18 Ogos 2018 (Sabtu).

Kerjasama dan perhatian tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Kedutaan Besar Malaysia
Abu Dhabi

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back