Mission News

PENGUNDIAN POS

22 April 2013 1 views

YBhg Dato'/Tuan/Puan,

Sukacita di maklumkan bahawa, seperti yang telah dijanjikan, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) telah menetapkan hari mengundi di luar negeri atau Pengundian Pos pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan seperti berikut:


Tarikh : 28 April 2013

Tempat : Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi
Villa No. 715B, Sector 40
Al Saada Street No. 19
New Corniche, P.O. Box 3887
Abu Dhabi
,
Emiriah Arab Bersatu



Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

 

PERINGATAN:

1. Membawa bersama-sama Kad Pengenalan Malaysia asal atau Pasport Antarabangsa untuk tujuan semakan oleh Penolong Pendaftar Pilihanraya Umum 2013 di Kedutaan sebelum diserahkan Sampul Keutamaan.

2. Bagi mereka yang tidak dapat hadir pada waktu dan masa yang ditetapkan, Sampul Keutamaan bolehlah diambil selepas hari tersebut di Kedutaan namun mereka dikehendaki untuk menguruskan sendiri urusan penghantaran balik ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang berkaitan dengan perbelanjaan sendiri.

Rakyat Malaysia boleh membuat semakan mengenai keputusan permohonan mengundi mereka melalui pos serta maklumat lain yang berkaitan di laman web SPR http://www.spr.gov.my/ bermula 19 April 2013.

 

Dilampirkan di sini Kenyataan Akhbar oleh pihak SPR yang jelas menunjukkan maksudnya bagi proses Pengundian Pos iaitu Penyerahan dan Penerimaan Balik Sampul Keutamaan untuk makluman dan pengetahuan YBhg Dato'/Tuan /Puan selanjutnya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai-pegawai Kedutaan berkenaan di talian berikut :+ 9712 4482775/6

 

  1. Puan Mazita Marzuki
  2. Encik Abdul Nasir Ibrahim
  3. Puan Sofiana Abd Wahab

 

 

Salam hormat,
PYB PRU 13 MW Abu Dhabi

19 April 2013

03-0001

Share:
Link copied to clipboard
Back