Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Boling Antara Kedutaan Negara-negara ASEAN di Abu Dhabi telah berlangsung pada 8 Julai 2017 di pusat boling Zayed Sports City, Abu Dhabi. Wakil-wakil yang terdiri daripada 7 Kedutaan Negara-negara ASEAN di Abu Dhabi (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, Thailand dan Vietnam) bertanding dalam 2 frame. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kedutaan Besar Filipina di Abu Dhabi dan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang oleh Kedutaan Negara-negara ASEAN di Abu Dhabi bagi tahun 2017. Semasa pertandingan tersebut, Malaysia telah mendapat tempat ketiga manakala tempat pertama dan kedua telah dimenangi oleh Filipina I dan Filipina II. TYT Ambassador Syed Hasrin, Duta Besar Malaysia ke UAE juga telah mendapat anugerah top bowler semasa pertandingan tersebut.