Pihak Kedutaan telah mengadakan Program Mendampingi Rakyat pada 28 March 2014. Program ini adalah merupakan yang pertama bagi tahun 2014. Pada kali ini, PMRM telah diadakan di bandar Al Ain. TYT Dato mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat terkini serta pandangan mengenai MH370 yang nyata menjadi tanda tanya dan menimbulkan kekeliruan kepada ramai terutamanya bagi mereka yang berada di luar negara. Program yang diadakan di salah sebuah tempat rekreasi popular di Al Ain iaitu Green Mubazzzarah ini telah di hadiri oleh lebih dari 50 rakyat Malaysia beserta keluarga yang tinggal di sekitar Al Ain.