Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah menghoskan satu majlis jamuan bersama rakyat Malaysia pada 4 Jun 2016. Majlis tersebut diadakan di lobi Menara Tamouh (lokasi Kedutaan yang terkini) bertujuan untuk bersuai kenal di antara rakyat Malaysia yang sedang bekerja dan menetap di Abu Dhabi.
Antara jemputan termasuklah rakyat Malaysia yang sedang bertugas di syarikat-syarikat ternama di Abu Dhabi antaranya Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), Etihad Airways, National Bank of Abu Dhabi (NBAD). Hampir 50 individu telah hadir ke majlis tersebut.
TYT Dato' Ahmad Anwar Adnan, Duta Besar Malaysia ke UAE mengambil kesempatan untuk bersuai kenal dengan para tetamu serta memberikan ucapan ringkas kepada semua tetamu yang hadir. TYT Dato' juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan warga Kedutaan kepada semua tetamu.