Mission News

PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT MALAYSIA (PMRM), AL AIN, 7 MEI 2016

07 May 2016 1 views

Sebagai salah satu daripada Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM), Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah menganjurkan secara bersama dengan komuniti Malaysia di Al Ain program barbeku. Program ini telah dijalankan di Mubazzarah, di kaki Jabel Hafeet bertempat di Al Ain dan melibatkan penyertaan HBS Kedutaan dan lebih 100 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Al Ain. 

 

Program tersebut didadhului dengan penyediaan makanan oleh penganjur dan sesi beramah mesra di antara HBS Kedutaan dan rakyat Malaysia yang hadir. TYT Dato' Ahmad Anwar Adnan, Duta Besar Malaysia ke UAE juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin.

 

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia di Al Ain dan secara tidak langsung memberikan peluang kepada HBS Kedutaan untuk mengenali dengan lebih dekat rakyat Malaysia di UAE.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back