Mission News

PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT MALAYSIA (PMRM), AL AIN, 7 MEI 2016

07 May 2016 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama Komuniti Malaysia di Abu Dhabi telah menganjurkan program barbeku bertempat di Mubazzarah, di kaki bukit Jabel Hafeet, Al Ain. Program ini merupakan salah satu Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM) untuk mendekatkan warga Kedutaan dengan rakyat Malaysia di UAE.

 

Program tersebut telah dihadiri lebih 100 orang rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Al Ain. Semasa program tersebut, warga Kedutaan dan hadirin mengambil kesempatan untuk mengenali antara satu sama lain. TYT Dato' Ahmad Anwar Adnan, Duta Besar Malaysia ke UAE juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin. 

 

Hadirin memberikan maklum balas yang baik terhadap program tersebut dan menyarankan pihak Kedutaan untuk terus mengadakan program dan aktiviti sebegini pada masa akan datang.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back