Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM) di Al Ain telah dijalankan dengan jayanya oleh Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama komuniti Malaysia di Al Ain. Dianggarkan hampir 150 orang rakyat Malaysia menjayakan program ini. Program santai bbq ini memberi peluang kepada warga kedutaan dan rakyat Malaysia yang berada di Al Ain untuk beramah mesra sambil mengenali antara satu sama lain. Hadirin juga bersama menjamu BBQ dan makanan-makanan yang disediakan.