Mission News

PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT MALAYSIA (PMRM), RUWAIS, 25 OKTOBER 2017

25 October 2017 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama Komuniti Malaysia di Ruwais (MyRuwais) telah mengadakan Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM) di Ruwais. Program tersebut didahului dengan pertemuan dengan En. Mubarak Obaid Al Mansouri, Manager, Ruwais City Unit yang kemudiaannya diikuti dengan lawatan sekitar Ruwais.

 

PMRM diadakan di ADNOC Beach Club Ruwais dan telah dihadiri kira-kira 100 rakyat Malaysia di Ruwais. Program didahului dengan ucapan daripada Pengerusi MyRuwais dan TYT Syed Hasrin, diikuti dengan jamuan makan serta sesi soal jawab di antara komuniti Malaysia bersama pegawai-pegawai Kedutaan.

 

Program telah dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak pengurusan Ruwais serta MyRuwais.

Share:
Link copied to clipboard
Back