Mission News

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA ANJURAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ABU DHABI

02 June 2025 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi, dengan kerjasama LLH Hospital, telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma pada 29 Mei 2025 khusus untuk warganegara Malaysia yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Program ini telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 100 orang rakyat Malaysia.

 

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta memastikan tahap kesejahteraan optimum dalam kalangan komuniti Malaysia di luar negara.

 

Selain pemeriksaan kesihatan asas yang disediakan secara percuma, para peserta turut disajikan dengan juadah makanan Malaysia, sekali gus memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti.

 

Malawakil Abu Dhabi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah hadir dan menjayakan program ini. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan demi manfaat bersama. 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back