Mission News

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-59, ABU DHABI, 31 OGOS 2016

31 August 2016 1 views

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-59, Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi dengan kerjasama Komuniti Malaysia di Abu Dhabi, telah menganjurkan satu program bertempat di Al Wathba Cycling Track, Abu Dhabi. Program tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 rakyat Malaysia yang menetap di Abu Dhabi.

 

Program tersebut dimulai dengan acara paragliding yang diterajui oleh Malaysian Paragliding Abu Dhabi dan disusuli dengan pertandingan mewarnakan bendera Malaysia. Para hadirin juga mengambil kesempatan untuk menyanyikan lagu NegaraKu dan ucapan ringkas daripada TYT Dato' Ahmad Anwar Adnan, Duta Besar Malaysia ke UAE. 

 

Para hadirin juga mengambil bahagian dalam aktiviti berbasikal sejauh 5.9km. Program diakhiri dengan jamuan ringan yang telah disediakan secara pot luck oleh pihak Kedutaan dan komuniti Malaysia yang hadir.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back