Mission News

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2012

21 March 2012 1 views


Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi dengan kerjasama Kumpulan Usrah Abu Dhabi telah menganjurkan satu program menyambut Maulidul Rasul di Kedutaan Besar Malaysia pada 17 Februari 2012 bersamaan dengan dengan 25 Rabie Al Awal 1433H. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 200 orang rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia yang beragama Islam di Abu Dhabi.

Satu sesi Forum Perdana bersama Ustaz jemputan dari Masjid Negara, Kuala Lumpur iaitu Al Fadhil Ustaz Azhar Tuarno, Imam 1 Masjid Negara yang bertajuk “Rasullulah Rahmat Sekalian Alam” telah diadakan. Selain itu, satu persembahan nasyid dan juga bacaan petikan dari ayat suci Al-Quran juga telah diadakan.

Dengan adanya program ini, diharap ianya akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan merapatkan lagi hubungan silatulrahim dan ukhwah di antara rakyat Malaysia di UAE.

 

 

For mor photos, kindly clikc here.

Share:
Link copied to clipboard
Back