Mission News

TYT AMBASSADOR SYED MD HASRIN TENGKU HUSSIN MENYERAHKAN SALINAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA TYT MOHAMMED MIR ABDULLAH AL RAISI, UNDERSECRETARY, KEMENTERIAN LUAR NEGERI DAN KERJASAMA ANTARABANGSA EMIRIAH ARAB BERSATU

07 May 2017 1 views

 

TYT Ambassador Syed Md Hasrin Tengku Hussin menyerahkan salinan watikah pelantikan kepada TYT Mohammed Mir Abdullah Al Raisi, Undersecretary, Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu.

TYT Ambassador Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia pada tahun 1994. Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu, beliau merupakan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara sejak tahun 2014.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia dari tahun 2010 hingga 2014, Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari tahun 2008 hingga 2010 dan Pegawai Khas kepada Menteri Luar Negeri dari tahun 2004 hingga 2006.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Setiausaha Kedua di Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat dari tahun 2000 hingga 2004 dan sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dari tahun 1998 hingga 2000. 

Share:
Link copied to clipboard
Back