Mission News

URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH DI LUAR NEGARA

25 May 2017 1 views

Dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah menerima Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

 

Sehubungan dengan ini, kepada mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas dan belum lagi mendaftar dengan mana-mana bahagian pilihan raya adalah dijemput untuk hadir ke Kedutaan bagi tujuan permohonan pendaftaran.

 

Tuan/ Puan adalah dikehendaki untuk membawa kad pengenalan bersama dengan satu salinan semasa permohonan pendaftaran dan boleh hadir ketika waktu pejabat, 9.00am – 3.00pm (Ahad – Khamis).

 

Bagi warganegara Malaysia yang sudah berdaftar dengan SPR, tuan/ puan boleh menyemak status pendaftaran pemilih di laman web SPR.

 

Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia yang layak mengundi untuk membuat semakan dan pendaftaran dengan sendiri.

 

Sekian.

 

Kedutaan Besar Malaysia

 

Abu Dhabi, UAE

 

Share:
Link copied to clipboard
Back