Mission News

HARI KELUARGA 2013 KEDUTAAN BESAR MALAYSIA BRUSSELS, 15 JUN 2013

14 June 2013 1 views

Hari Keluarga Kedutaan Besar Malaysia (KBM)  Brussels telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Jun 2013 bertempat di Kediaman Rasmi TYT Duta Besar.

 

Program tersebut telah dihadiri oleh rakyat Malaysia di Belgium dan warga kerja KBM serta serta ahli keluarga mereka. Pelbagai program sukaneka dan santai telah diadakan bagi memupuk kemesraan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia dan warga kerja KBM. 

 

Dianggarkan kehadiran seramai 200 orang telah turut sama menyertai Hari Keluarga pada tahun ini yang julung-julung kalinya dihoskan bersama oleh KBM dan Malaysian Association of Belgium and Luxembourg (MABL). Semua jemputan rata-rata menunggu sehingga usai program yang bermula dari jam 11.00 pagi hingga dan berakhir jam 5.30 petang.

Share:
Link copied to clipboard
Back