Mission News

LENCONGAN TALIAN TELEFON UTAMA (03-8887 4000) KEMENTERIAN LUAR NEGERI KE TALIAN 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE (1MOCC) (03-8000 8000)

13 May 2013 1 views

Dimaklumkan bahawa mulai 10 Mei 2013  talian utama Kementerian Luar Negeri, 03-88874000 akan dilencongkan ke talian 1MOCC, 03-8000 8000 mulai 10 Mei 2013. Ini adalah selaras dengan pelaksanaan 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan memudahcara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan dengan menggunakan nombor tunggal iaitu 03-8000 8000.  

Share:
Link copied to clipboard
Back