Kedutaan Besar Malaysia di Belgium telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H di Kediaman Rasmi TYT Dato’ Zainuddin Yahya, Duta Besar Malaysia ke Belgium pada 14 September 2013. Rakyat Malaysia di Belgium dan Luxembourg dari berbilang kaum serta dif-dif kehormat yang terdiri daripada Duta-Duta Besar dan Konsul Kehormat merupakan antara lebih 200 orang jemputan yang telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Majlis Sambutan Hari Raya tersebut telah digunakan sepenuhnya oleh YBhg TYT Duta Besar serta warga Kedutaan untuk beramah mesra dengan rakyat Malaysia serta para jemputan. Para tetamu yang hadir turut bertukar- tukar pandangan serta memberi maklumat terkini berkaitan hal-hal semasa serta kebajikan rakyat Malaysia di negara Belgium dan Luxembourg. Suasana ukhuwwah penuh kemesraan ini turut dikongsi bersama oleh semua yang hadir yang rata-ratanya terus menunggu hingga ke akhir majlis bagi memanafaatkan peluang berkumpul bersama rakyat Malaysia yang lain di bawah semangat 1 Malaysia.
Arkib foto:http://www.flickr.com/photos/104783746@N06/sets/