Bagi memastikan keseragaman pemakaian serta penambahbaikan pekeliling berkaitan dasar dan peraturan khidmat luar negeri, Kedutaan Besar Malaysia Brussels telah mengadakan taklimat khas berkaitan PP 3/2013 kepada semua pegawai-pegawai Home base Staff merentas agensi . Taklimat telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 Julai dan 2 Ogos.
Taklimat tersebut turut diambilkira sebagai slot latihan petang Jumaat yang bermula dari pukul 3.00 petang hingga 6:00 petang. Taklimat tersebut telah menerangkan penambahbaikan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan serta kemudahan-kemudahan bagi memastikan penjawat awam di luar negara senantiasa memantapkan tanggungjawab dan amanat semasa menjalankan tugas.
Seramai 15 orang pegawai dari pelbagai agensi di KBM Brussels telah turut sama menghadiri taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Azrim Zamri, Setiausaha Kedua (Pentadbiran). Lanjutan daripada taklimat tersebut, penggunaan borang-borang berkaitan telah diseragamkan dan dikuatkuasakan sepenuhnya.