Mission News

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILIFITRI MALAWAKIL BEIJING 2026, 21 MAC 2026

21 March 2026 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 21 Mac 2026 bertempat di kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China. Majlis ini dianjurkan secara sederhana namun penuh bermakna, selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia bagi mengamalkan langkah penjimatan dalam penganjuran sambutan rasmi.

 

Majlis yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, ini telah dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada kakitangan Kedutaan (Home Based Staff) beserta ahli keluarga. Semua hadirin berkesempatan menikmati pelbagai juadah raya tradisional yang disediakan secara bergotong-royong oleh warga kedutaan dan ahli Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri Beijing (PERWAKILAN Beijing.

 

Walaupun disambut secara sederhana, sambutan Hari Raya ini tetap berlangsung dalam suasana ceria dan penuh keakraban, sekali gus membuktikan bahawa semangat kemeriahan Aidilfitri terus subur dipelihara walaupun di perantauan. 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back