Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025

23 April 2025 1 views

Pada 18 April 2025, Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Dewan Serbaguna Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning. Majlis telah diadakan dengan penuh meriah dengan kehadiran seramai 94 orang rakyat Malaysia yang menetap di Wilayah Guangxi dan Guizhou, sekali gus menjadikannya satu acara yang sangat bermakna.

 

Konsul Jeneral Malaysia turut mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia yang baru tiba di Wilayah Guangxi dan Guizhou.  Beliau turut menyampaikan perkembangan terkini mengenai Malaysia, dan mengambil peluang untuk menasihati rakyat Malaysia yang hadir supaya menjaga peradaban dan tidak melanggar undang-undang tempatan semasa menetap di China.  Mereka turut diingatkan untuk menghubungi pihak Konsulat untuk sebarang bantuan konsular yang diperlukan termasuklah perkhidmatan e-konsular yang disediakan oleh pihak Konsulat.

 

Semasa majlis tersebut, pelbagai hidangan tradisional Malaysia turut disediakan, termasuk nasi lemak, kari laksa, kuih karipap, teh tarik, dan kuih raya, yang membawa suasana sambutan Aidilfitri yang sebenar.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back