Mission News

PENGUMUMAN: PROSES KEMASUKAN DAN KUARANTIN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) YANG TIBA DARI LUAR NEGARA BERMULA 10 JUN 2020

15 June 2020 1 views

KONSULAT JENERAL MALAYSIA

NANNING

 

 

PROSES KEMASUKAN DAN KUARANTIN

PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS)

YANG TIBA DARI LUAR NEGARA

BERMULA 10 JUN 2020

 

Kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa semua rakyat  Malaysia yang tiba di tanahair mulai 10 Jun 2020 TIDAK perlu lagi untuk menandatangani/mendapatkan Surat Aku Janji dan Indemniti serta Surat kelulusan perjalanan ke Malaysia daripada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning, China.  Prosedur tersebut juga terpakai ke atas semua warga negara asing yang mungkin dibenarkan memasuki Malaysia setelah memperoleh kelulusan kebenaran masuk ke Malaysia daripada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

 

Berkuatkuasa 10 Jun 2020 juga, semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia yang tiba dari luar negara akan menjalani tempoh kuarantin wajib di kediaman selama 14 hari setelah mendapat keputusan negatif COVID-19 dan pemantauan akan dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

 

Individu yang dikenakan perintah kuarantin dan memegang “Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan Penyakit Corona Virus 2019 (COVID-19) di bawah Seksyen 15(1) Akta 342” dirujuk sebagai Person Under Surveillance (“PUS”).

 

Sebagai panduan kepada rakyat Malaysia dan warga negara asing yang akan memasuki Malaysia, bersama-sama ini dikemukakan capaian bagi garis panduan seperti berikut:

 

GARIS PANDUAN PROSES KEMASUKAN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) YANG TIBA DARI LUAR NEGARA BERMULA 10 JUN 2020.

 

/documents/5414402/5415294/10.06.2020_UPDATED+-+GARIS+PANDUAN++PROSES+KEMASUKAN+DAN+KUARANTIN+PUS+YANG+TIBA+DARI+LUAR+NEGARA+BERMULA+10+JUN+2020.pdf/f2a6d977-9b39-42f2-92be-a626d6333710

 

 

11 Jun 2020

Share:
Link copied to clipboard
Back