KONSULAT JENERAL MALAYSIA
NANNING, CHINA
Kepada semua rakyat Malaysia di Guangxi dan Guizhou,
PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1C BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.185 BATU SAPI
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang bermesyuarat pada 13 Oktober 2020 telah menetapkan 05 Disember 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi PRK Parlimen P.182 Batu Sapi.
Dalam perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK Parlimen P.185 Batu Sapi. Tempoh permohonan yang telah diwartakan oleh SPR adalah mulai 13 Oktober 2020 (Selasa) sehingga 12 November 2020 (Khamis).
Bagi tujuan ini, setiap permohonan undi pos tersebut hendaklah menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang dilampirkan bersama makluman ini atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR www.spr.gov.my sepanjang tempoh permohonan. Pemohon bagi kategori ini juga tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
- Merupakan seorang pemilih yang berdaftar dengan SPR;
- Bermaustatin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
- Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi Dewan Rakyat P.185 Batu Sapi, iaitu pada 07 Oktober 2020.
Borang 1B yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus kepada pihak SPR melalui cara seperti berikut:
(a) E-mel kepada upup@spr.gov.my;
(b) Faks ke +603-8888 0403 / +603-8888 0405; atau
(c) Pos ke alamat:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Menara SPR, No.2 Jalan P2T,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi SPR di talian +603-8888 0400 / +603-8881 0658 / +603-8881 0769.
21 Oktober 2020
Link:
Borang 1B Pengundi Luar Negara
/documents/5414402/9005357/Borang+1B+Pengundi+Luar+Negara.pdf/c6f62197-4915-4d34-9ce0-bf17a80d01ed