Mission News

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT

22 May 2026 1 views

Pada 16 Mei 2026, Majlis Makan Malam YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama warga kerja Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah diadakan sempena lawatan kerja YB Menteri ke China.

 

Dalam ucapannya, beliau menekankan peranan dan kepentingan pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dalam mengukuhkan hubungan diplomasi dengan negara tuan rumah dan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang-bidang berkepentingan kepada negara. Sesi tersebut juga dimanfaatkan untuk perbincangan berhubung hal-ehwal semasa dan pertukaran pandangan dalam pelbagai isu.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back