Mission News

MAJLIS RAMAH MESRA DAN JELAJAH KONSULAR BERSAMA DIASPORA MALAYSIA DI JIANGSU DAN ANHUI

12 December 2025 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai bersama dengan Malaysian in JiangZhe Association (MJZ) telah menganjurkan suatu Majlis Ramah Mesra dan Jelajah Konsular Bersama Diaspora Malaysia di Jiangsu dan Anhui pada 6 Disember 2025 bertempat di Wyndham Garden Nanjing.

 

Program tersebut juga disertai oleh agensi seperti Imigresen Malaysia, MATRADE dan Tourism Malaysia yang turut sama membuat pembentangan mengenai peranan, tugas dan fungsi pejabat masing masing.  Para tetamu juga telah dihidangkan dengan makanan Malaysia dan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan oleh para pelajar yang berada di Nanjing.       

 

      

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back