Pada 23 Mei 2026, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak meluangkan masa menyantuni pelajar-pelajar negeri Perak dan warga kerja Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sempena lawatan kerja beliau ke China.
Pada kesempatan tersebut, YAB Menteri Besar beramah mesra dengan para hadirin serta berkongsi hasil lawatan misi perdagangan dan pelaburan delegasi kerajaan negeri Perak dan pencapaian negeri tersebut menerusi pelan Perak Sejahtera 2030.
