Mission News

MAJLIS RAMAH MESRA YB MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI BERSAMA DIASPORA MALAYSIA DI SHANGHAI

20 May 2026 1 views

Pada 14 Mei 2026, Majlis Ramah Mesra YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama diaspora Malaysia di Shanghai telah dianjurkan di Hotel Pudong Shangri-La.

 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh sekitar 70 orang tetamu dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Shanghai. Majlis ini diadakan sempena lawatan kerja YB Menteri KPK bagi menghadiri Malaysian Palm Oil Forum China 2026 dan mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri untuk memperkukuh dan memperluas eksport minyak sawit serta produk berasaskan sawit Malaysia ke China.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back