Majlis Get-Together sempena sambutan Mid-Autumn Festival telah diadakan pada hari Ahad, 23 September 2018 di Rumah Malaysia. Konsul Jeneral dan Home-based Staff berkesempatan beramah mesra bersama ahli-ahli Malaysian Chamber Of Commerce and Industry in China (MAYCHAM China – Xi’an Chapter) dan keluarga masing-masing.
Ahli-ahli PERWAKILAN telah membuat sumbangan potluck dan antara juadah yang disediakan ialah mee goreng, bihun goreng, sandwich, bubur kacang, Thai fresh spring rolls, roti canai dan teh tarik.