Mission News

KEMANGKATAN DULI YANG MAHA MULIA AL-MARHUM SULTAN KEDAH

12 September 2017 1 views

Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an dengan sedih dan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Al Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah  telah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Isnin, 11 September 2017 bersamaan 20 Zulhijjah 1438 pada jam 2.30 petang.

 

Dimaklumkan bahawa Buku Ucapan Takziah akan dibuka pada 13 dan 14 September 2017 (2 hari) mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang di Canseri Konsulat Jeneral, Bilik No. 912, Shangri-La Hotel Xi’an, 38B Keji Road, Xi’an.

 

Seluruh warga Konsulat Jeneral merafak sembah sekalung ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kedah dan rakyat negeri Kedah atas kemangkatan KDYMM Al-Marhum Sultan Kedah.

Share:
Link copied to clipboard
Back