26 April 2024 - Kunjungan hormat daripada Pensyarah-pensyarah UNITEN ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Xi’an. Secara amnya Pensyarah-pensyarah UNITEN ini ditugaskan untuk menjadi tenaga pengajar di Xi’an International University (XAIU). UNITEN telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan XAIU selama 7 tahun sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan kolaborasi dengan universiti-universiti Antarabangsa serta mengeratkan lagi hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China.
