Mission News

Kunjungan Hormat Dekan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

04 March 2024 1 views

4 Mac 2024- Konsul Jeneral Malaysia, Lum Wan Liang telah menerima kunjungan hormat oleh Profesor Madya Dr. Sabzali Musa Kahn, Dekan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya diiringi oleh Dr. Nortaufiq, Pensyarah Bahasa Melayu dari Xi'an International Studies University (XISU). Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan kerjasama melalui program-program melibatkan bahasa dan kebudayaan yang akan dijalankan dalam masa terdekat dan kelak di Dewan Konsulat Malaysia di Xi’an. Profesor Madya Dr. Sabzali Musa Kahn juga berharap agar kerjasama antara kedua-dua pihak berterusan dan menerusi program yang akan dijalankan dalam masa terdekat dapat memberi impak kepada pengembangan bahasa dan budaya Melayu di bumi China.

 

     

Share:
Link copied to clipboard
Back