Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia di Shaanxi (AMSISX) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Shaanxi pada hari Sabtu, 19 April 2025. Lawatan ini disertai oleh 38 orang pelajar Malaysia, terdiri daripada pelbagai bidang kursus dan tahun pengajian.
Secara amnya, objektif penganjuran lawatan ini adalah untuk mempelajari sejarah wilayah Shaanxi selain mengeratkan jalinan kerjasama antara para peserta. Malawakil juga mengambil kesempatan ini untuk bersuai kenal bersama para pelajar baharu yang turut hadir dan menguar-uarkan bantuan konsular serta khidmat yang ditawarkan di Malawakil.
